Catatan

ARSENAL: RANGKAIAN SERANGAN BERBISA DAN MUDA, TENGAH YANG DINAMIK DAN PERTAHANAN YANG STABIL. AKANKAH MEREKA BERGERLAR JUARA EPL AKHIRNYA?

Imej
Lepas abis Piala Dunia, dengan Gabriel Jesus yang injured lutut, ramai yang anggap barisan serangan Arsenal akan mengalami masalah. Yelah, sebelum ni Jesus yang banyak main peranan untuk menggerakan serangan Arsenal. Cuma mungkin ramai juga yang terlepas pandang, bukan Jesus sorang je yang penting dalam menggerakkan serangan Arsenal. Arsenal juga ada kapten mereka, Martin Odegaard. Odegaard ni lah sebenarnya main playmaker  Arsenal. And dia tak main pun World Cup sebab Norway tak layak. So maksudnya Odegaard ada masa rehat yang cukup untuk fokus kepada EPL bila World Cup dah abis. Sebenarnya agak susah nak carik player macam Odegaard. Bukan saja dia rajin buat pressing and buat tackle, dia pun kreatif dan bijak (yelah, dah nama pun main playmaker) merencana serangan. Kalau kat bahagian tengah ada Odegaard dengan Jesus (masa dia tak injured lah) yang power  bab-bab play-making , kat sayap mereka ada Saka (sayap kanan) dan Martinelli (sayap kiri). Dua ora...

FORMASI YANG SAMA, TAPI TAKTIKAL YANG BERBEZA: MACHESTER CITY (4-3-3 KE 3-2-4-1) VS LIVERPOOL (4-3-3)

Imej
Sebelum ni aku pernah komen pasal macam mana Guardiola punya taktikal untuk pecahkan pasukan yang suka parking bas pakai build up  3-2 dari bawah dan letak sampai 5 pemain masuk dalam final third lawan. Semalam aku sempat tengok balik siaran ulangan City vs Liverpool (Piala Liga @ Piala Carabao) dan perasan Pep pakai taktikal yang hampir sama, cuma execution je berbeza sikit. Manchester City mula dengan formasi 4-3-3 jugak, macam biasa yang Pep salu setup, cuma bila diaorang dalam fasa pegang bola dan aktif menyerang, formasi tu berubah jadi 3-2-4-1. 3 orang paling belakang sekali dalam formasi tu, 2 orang centre back (Akanji dengan Laporte) tambah dengan Rodri yang turun ke bawah yang akan menyelit antara dua centre back. Rico Lewis (bek kanan) dengan Nathan Ake (bek kiri) masuk ke tengah untuk jadi penghubung atau fulkrum antara defend dengan barisan offensif kat atas. De Bruyne dengan Gundogan masuk ke half-space, Mahrez pegi wide kanan, Cole Palmer ke wide kiri and...

Concussion @ Gegaran Otak: Pengalaman Peribadi dan Aplikasi Pemulihan dalam Sukan

Imej
GEJALA GEJALA GEGARAN OTAK . Masa tengok match Iran vs England kat World Cup aritu, kalau perasan goalkeeper diaorang kena tukar sebab di sahkan kepala dia ada concussion. Masa final pun ada "concussion substitution" bila Rabiot keluar sebab medical Perancis kata ada gegaran kat kepala Rabiot. Perancis boleh sub sampai lebih 5 kali sebab pertukaran Rabiot-Fofana tu tak termasuk dalam pertukaran biasa. Aku ada pengalaman personal pasal concussion ni. Bulan 12, 3hb, 2020, masa tu pagi-pagi aku on the way nak pi keja. Tinggal kat Semenyih, tempat keja pulak kat Subang Jaya, so aku memang ulang-alik naik motor sebab malas nak naik kereta. Jem giler, especially jalan kat Cheras tu. Nak dijadikan cerita, aku eksiden time naik motor tu. Aku pengsan, cuma tersedar balik bila dah kat tepi jalan sebab ada orang dah alihkan. Bila sedar balik tu, kepala memang sakit, and aku tak ingat langsung apa yang berlaku sebelum tu. Masuk hospital Kajang, Doktor sahkan memang ada gejala/ sy...

TEORI TAKTIKAL: Memecah Blok Defensif 4-5-1

Imej
Masa World Cup aritu kan, ada satu defensive block yang agak menarik untuk kita kaji. Yang paling menarik bagi aku, defensive block 4-5-1 yang Jepun dengan Maghribi pakai. Team-team macam Spain dengan Jerman agak struggle nak pecahkan blok defensif ni, walaupun ramai penganalisis sependapat bahawa Spain dengan Jerman memiliki barisan serangan yang ampuh dari segi kualiti pemainnya dan struktur pasukannya. So, macam mana sebenarnya nak berhadapan dengan pasukan-pasukan yang suka bertahan dan counter attack ni? Macam mana nak pecahkan blok defensif, espcially formasi 4-5-1 ni? Kebanyakkan pasukan-pasukan bola sepak moden sekarang menggunakan kepantasan, serangan berorientasikan posisi ( positional attacks), high-pressing, third-man runs, dan hantaran tinggi silang untuk mendominasi dan menewaskan blok-blok defensif rendah begini. Untuk  case study kali ni, kita ngaji sikit formula yang Pep guna di Manchester City, macam mana deme pecahkan benteng pasukan yang suka parking...

Olivier Giroud: Baka No 9, Striker Tulen di Piala Dunia

Imej
Olivier Giroud, kita boleh katakan sangat-sangat underrated dalam Piala Dunia kali ni. Mungkin sebab ada Mbappe, so hype Mbappe tu kuat sampai menenggelamkan nama-nama pemain lain yang rasanya ada yang lagi perform dari dia. Giroud antara yang tenggelam tu. Namun, rekod Giroud dalam kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar sangat bagus dan merupakan antara individu yang paling banyak menyumbang kepada prestasi baik Perancis hingga mampu melangkah ke final. Ada statistik-statistik menarik mengenai Giroud dalam Piala Dunia 2022 yang kita boleh tengok dan kaitkan kenapa dia sangat penting untuk skuad Perancis dalam kejohanan kali ini. (Statistik Giroud, Piala Dunia 2022: TFA.com) PERANAN GIROUD DAN GAYA PERMAINAN Jangkaan Sumbangan Gol  dia 80.3% tetapi realitinya, Giroud terbabit dalam 84.8% gol Perancis. Dia melepasi jangkaan yang diramalkan. Secara purata, Giroud menang 96.4% dari duel udara, sama ada ketika menyerang atau bertahan. Dia juga ada kemampuan untuk meng...

MACAM MANA NAK HALANG MESSI??

Imej
(Lionel Messi, 2022; Google Image) Sebenarnya, takde rahsia pun macam mana nak defend lawan Messi ni. Rasanya dah berjuta artikel atau video orang dah hasilkan dengan bermacam taktikal tentang cara nak halang Messi. Semua orang tengok dia main. Ada yang dah berpuluh tahun tengok dia main bola. Semua pasukan dah cuba dan ada yang berjaya, tapi ramai lagi yang macam tak berdaya. Kenapa? Dah praktis bagai semua, tengok video dia, buat latih tubi taktikal untuk sekat dia, pun masih sukar nak halang dia? Enigma seorang playmaker bernama Lionel Messi. Tetapi, ada beberapa pasukan yang berjaya (setidaknya secara collective) melimitkan tahap pengaruh Messi ke atas keputusan perlawanan, dan mereka melakukan beberapa perkara seperti berikut; 1) TOLAK DIA PI KAWASAN SAYAP (KANAN) Okay, sebelum nak halang dia, kena tau dia selalu marayap kat kawasan mana bila Argentina pegang bola atau hilang bola. Dia selalunya akan mundar mandir kat half-space belah kanan kawasan serangan Argentina, ...

Preview Taktikal: Messi di Half-space kanan vs Mbappe di sayap kiri.

Imej
(Mbappe & Messi, Zon padang yang diisi   Mbappe (merah) vs Messi (biru)). Dalam kempen Piala Dunia kali ni, Perancis beroperasi dengan seorang sahaja penyerang di depan (Giroud) dengan Griezmann turun sikit kebelakang (No 10), 2 diffensive mid, dua wide midfield (Mbappe kiri, Dembele kanan) dengan back 4 di belakang dalam formasi 4-2-3-1. Cuma, bila bertahan atau hilang bola, formasi ini akan berubah menjadi 4-4-2, dengan Mbappe (kiri) dan Giroud (kanan) akan stay kat atas untuk jadi 1st line of defensive structure Perancis. Griezmann dengan Dembele akan masuk ke garisan tengah untuk jadi lapisan pertama 2 banks of 4 mid-block. Deschamps memang lepaskan Mbappe dari tugasan bertahan, sebab hampir tak pernah nampak dia buat tracking kat player lawan. Tetapi ketika Perancis mula menyerang, Mbappe antara pemain yang paling banyak terlibat dalam build up dan final touch. Perancis memang nak memanfaatkan kepantasan dan kualiti individu Mbappe dalam pertarungan 1 vs 1...

Perancis 2018 vs Perancis 2022; Evolusi Taktikal

Imej
Kumpulan pemain berbeza. (Gambar: Google Image.) "Aku tak suka sangat nak banding-bandingkan player ni sebenarnya." Kata coach Perancis, Didier Deschamps, lepas diaorg menang lawan England time quater final aritu. Untuk rekod, Perancis merupakan pasukan yang ke-5 yang melangkah ke final sebagai penyandang juara dan merupakan negara eropah yang pertama yang berbuat demikian sejak Itali melakukan perkara yang sama pada 1938. Kalaulah mereka menang lawan Argentina nanti di final, maka Perancis bakal menjadi negara pertama yang mempertahankan kejuaraan untuk 2 edisi berturut dalam 60 tahun sejak Brazil melakukanya kali terakhir pada 1962. Mungkin Deschamps tak suka nak bandingkan player-player dia, tapi kalau nak ikutkan prestasi Perancis yang agak suram semasa kelayakkan, dengan kecedaraan pemain-pemain utama, apa yang mereka dah buat dengan taktikal pasukan hingga mampu layak ke final? KEKAL DENGAN 4-2-3-1 YANG "UPGRADED" Deschamps masa mengumumkan senarai...

Maghribi; Pasukan yang memberikan segalanya, sepenuhnya.

Imej
(Pemain Maghribi selepas perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia 2022 menentang Perancis: Google Image.) “Segalanya mungkin dalam bola sepak. Anda perlu bermimpi untuk merealisasikannya. Jika anda memberitahu seorang kanak-kanak bahawa dia tidak boleh, maka dia tidak akan berjaya. Kami, orang Afrika, tidak pernah memenangi Piala Dunia, jadi mengapa tidak mengimpikannya dan memenanginya?” Demikian kata pengurus Maghribi Walid Regragui sebelum pasukannya menyingkirkan Sepanyol menerusi penentuan penalti dalam pusingan 16. Ia adalah mesej yang dibawa oleh Maghribi melalui kemenangan suku akhir ke atas Portugal — “Kami tidak akan memberi alasan” — ketika diminta mengulas mengenai kekalahan separuh akhir mereka kepada Perancis. Kekalahan 2-0 mungkin terdengar seperti kekalahan total, tetapi sebenarnya Maghribi — pemain, jurulatih dan peminat mereka — memberikan segalanya. Diganggu oleh kecederaan, perubahan senarai pemain dan formasi serta kehilangan kapten mereka Romain Saiss dari...

Preview Taktikal: (Perancis vs Maghribi). Pertembungan Dua Pasukan Yang Memanipulasi Transisi.

Imej
(Mbappe & Pasukan Maghribi. Google Image.) Dalam ramai yang mengatakan bahawa Mbappe yang akan menjadi ancaman besar kepada pasukan lawan, pasukan Perancis sebenarnya tidaklah terlalu bergantung kepada dia sahaja. Terbukti ketika perlawanan menentang England tempoh hari di saingan suku akhir, Mbappe dikawal ketat oleh Kyle Walker dan tidak dapat terlalu mempengaruhi permainan, tetapi Perancis tetap mampu menjaringkan gol dan memenangin perlawanan. PELAN TAKTIKAL PERANCIS. Taktikal Perancis sebenarnya sangat berpaksi kepada penggunaan bek sayap mereka, Jules Kounde dan Theo Hernandez yang selalunya akan berada di garisan tinggi untuk membantu menjana serangan ketika Perancis menguasai bola. Pentingnya overlapping  dua bek sayap ini adalah untuk membolehkan Mbappe dan Dembele melepaskan diri dari kawalan pertahanan lawan dan dalam masa yang sama boleh menjadi sumber bola hantaran lintang untuk mencari sama ada Giroud atau Griezmann dia dalam kotak penalti. Walaupun da...