Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 13, 2022

Preview Taktikal: (Argentina vs Croatia.) Midfiled Trio Croatia vs Overloading Half-space Argentina. Adakah akan berakhir dengan penalti juga?

Imej
(Luka Modric & Lionel Messi, FIFA/FIFA via Getty Images). Croatia akan bertemu Argentina untuk saingan separuh akhir Piala Dunia 2022, pukul 3 pagi waktu Malaysia hari Rabu. Argentina mara ke separuh akhir selepas menewaskan Belanda di suku akhir, selepas menang melalui penentuan sepakan penalti. Belanda dan Argentina yang terikat 2-2 sehingga 120 minit selepas Belanda melakukan kebangkitan untuk mengikat jaringan pada minit-minit akhir perlawanan. Croatia pula layak ke separuh akhir selepas mengejutkan Brazil, juga melalui penentuan sepakan penalti selepas jaringan Neymar pada masa tambahan, disamakan oleh Bruno Petkovic pada minit 117.  Pasukan manakah yang akan melangkah ke final untuk edisi kali ini? Kita akan cuba rungkaikan apakah taktikal yang akan diketengahkan oleh kedua-dua pasukan untuk perlawanan separuh akhir nanti. (Argentina vs Belanda, suku akhir Piala Dunia 2022. Google: Getty Images.) TAKTIKAL SERANGAN DAN BERTAHAN Tidak kira formasi ap...