Olivier Giroud: Baka No 9, Striker Tulen di Piala Dunia




Olivier Giroud, kita boleh katakan sangat-sangat underrated dalam Piala Dunia kali ni. Mungkin sebab ada Mbappe, so hype Mbappe tu kuat sampai menenggelamkan nama-nama pemain lain yang rasanya ada yang lagi perform dari dia. Giroud antara yang tenggelam tu. Namun, rekod Giroud dalam kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar sangat bagus dan merupakan antara individu yang paling banyak menyumbang kepada prestasi baik Perancis hingga mampu melangkah ke final.

Ada statistik-statistik menarik mengenai Giroud dalam Piala Dunia 2022 yang kita boleh tengok dan kaitkan kenapa dia sangat penting untuk skuad Perancis dalam kejohanan kali ini.

(Statistik Giroud, Piala Dunia 2022: TFA.com)

PERANAN GIROUD DAN GAYA PERMAINAN

Jangkaan Sumbangan Gol dia 80.3% tetapi realitinya, Giroud terbabit dalam 84.8% gol Perancis. Dia melepasi jangkaan yang diramalkan. Secara purata, Giroud menang 96.4% dari duel udara, sama ada ketika menyerang atau bertahan. Dia juga ada kemampuan untuk mengalihkan bola udara dengan tandukkan ke arah rakan-rakan dia untuk mengatur kembali pertahanan atau untuk meneruskan serangan. Ketinggian dan kekuatan fizikal Giroud menjadikan dia sangat effisien dalam duel, tak kisah di udara atau secara general.

Tetapi ada kelebihan fizikal sahaja pun tak guna kalau tidak bersama kepintaran. Giroud ada teknik, ketepatan dan visi yang bagus ketika mengalirkan bola dan membuat hantaran kepada rakan sepasukan. Jarang sekali dia membuat kesilapan hantaran, biarpun hantaran menggunakan tandukan sekali pun. Giroud ada tabiat untuk scanning kawasan sekitar dia sebelum mencabar lawan di udara atau bergerak ke arah bola. Solid dan aggresif semasa duel udara, lagi-lagi bila berada dalam kotak penalti lawan, membuatkan Giroud sangat merbahaya. Walaupun ketika dia sedang dikawal ketat oleh pertahanan lawan, tetapi keupayaan dia untuk melepaskan diri dari kawalan dengan timing yang sempurna menjadikan dia lebih klinikal di depan gawang gol.

Tidak keterlalulan kalau kita katakan, Giroud ni memang sumber ancaman terbesar untuk pasukan Perancis, sebab kebanyakkan rakan sepasukan dia memang mengharapkan dia untuk meledak dalam kotak penalti. Setakat ini dia tidak menghampakan. Kebanyakkan masa, dia akan dapat banyak bola crossing dari sayap, especially dari Theo Hernandez, Mbappe dan Dembele. Dan diaorang tau bola macam mana yang sedap untuk Giroud attack dalam kotak penalti.


KEMAMPUAN MENJARINGKAN GOL

Sukar untuk pertikaikan kemampuan Giroud untuk skor. Dia kira penyerang klasik lah, jenis yang pandai masuk dalam kotak penalti dan tunggu bola yang akan sampai dari rakan sepasukan. Kawan ni pun jenis tinggi galah, so bila dia melompat, capaian tu lagi tinggi and sukar untuk dihalang defend lawan. Reflex dia pun laju, so kalau ada bola muntah atau second ball, dia selalu ready untuk menyambar peluang. Kalau perasan, paling kurang akan ada 1 player yang man-mark dia (selalu dua orang yang jaga dia) dalam kotak penalti, tetapi sebab timing dia power, dia still boleh attack bola crossing atau bola tinggi yang masuk dalam kotak penalti.

Sebagai penyerang tunggal, dia akan jarang dapat bola dan kena tunggu lama untuk kawan-kawan supply bola kat dia. Tapi, Giroud sangat penyabar dan tenang kat atas sorang-sorang (Mbappe kat atas jugak, tapi tak masuk kotak penalti sangat). Bila dia dapat bola, dia bergerak pantas dan decisive. Jarang tengok dia stress atau tak ada idea apabila berada di depan gawang gol lawan.


MERENCANA SERANGAN

Bab playmaking, kalau dulu Perancis ada Pogba. Sekarang mereka banyak bergantung kepada Griezman pulak. Tapi dari segi posisi, Pogba lebih kebawah dalam kawasan centre circle, banding dengan Griezmann dia depan kotak penalti lawan (atau lebih specific, half-space kanan Perancis). Cuma jangan terkejut, Giroud pun boleh buat playmaking. Ramai anggap dia cuma finisher je, tapi dia kira sangat bijak dalam playmaking untuk seorang penyerang. Dia boleh hold bola, pastu buat link-up play atau assist kawan dia. Even masa buat tandukkan pun dia boleh buat assist.

Dalam perlawanan final malam ini, menarik untuk kita saksikan bagaimana Perancis akan gunakan Giroud dalam mengetuai barisan depan mereka. dapatkah dia mengekalkan prestasi yang baik yang dia dah tunjukkan sepanjang kejohanan ini atau keletihan/ kecederaan bakal menggugat keupayaan Giroud? Sama-sama kita nantikan nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEORI TAKTIKAL: Memecah Blok Defensif 4-5-1

Preview Taktikal: (Perancis vs Maghribi). Pertembungan Dua Pasukan Yang Memanipulasi Transisi.

Concussion @ Gegaran Otak: Pengalaman Peribadi dan Aplikasi Pemulihan dalam Sukan