Preview Taktikal: Messi di Half-space kanan vs Mbappe di sayap kiri.
(Mbappe & Messi, Zon padang yang diisi Mbappe (merah) vs Messi (biru)). Dalam kempen Piala Dunia kali ni, Perancis beroperasi dengan seorang sahaja penyerang di depan (Giroud) dengan Griezmann turun sikit kebelakang (No 10), 2 diffensive mid, dua wide midfield (Mbappe kiri, Dembele kanan) dengan back 4 di belakang dalam formasi 4-2-3-1. Cuma, bila bertahan atau hilang bola, formasi ini akan berubah menjadi 4-4-2, dengan Mbappe (kiri) dan Giroud (kanan) akan stay kat atas untuk jadi 1st line of defensive structure Perancis. Griezmann dengan Dembele akan masuk ke garisan tengah untuk jadi lapisan pertama 2 banks of 4 mid-block. Deschamps memang lepaskan Mbappe dari tugasan bertahan, sebab hampir tak pernah nampak dia buat tracking kat player lawan. Tetapi ketika Perancis mula menyerang, Mbappe antara pemain yang paling banyak terlibat dalam build up dan final touch. Perancis memang nak memanfaatkan kepantasan dan kualiti individu Mbappe dalam pertarungan 1 vs 1...