Concussion @ Gegaran Otak: Pengalaman Peribadi dan Aplikasi Pemulihan dalam Sukan
GEJALA GEJALA GEGARAN OTAK.
Masa tengok match Iran vs England kat World Cup aritu, kalau perasan goalkeeper diaorang kena tukar sebab di sahkan kepala dia ada concussion. Masa final pun ada "concussion substitution" bila Rabiot keluar sebab medical Perancis kata ada gegaran kat kepala Rabiot. Perancis boleh sub sampai lebih 5 kali sebab pertukaran Rabiot-Fofana tu tak termasuk dalam pertukaran biasa.
Aku ada pengalaman personal pasal concussion ni. Bulan 12, 3hb, 2020, masa tu pagi-pagi aku on the way nak pi keja. Tinggal kat Semenyih, tempat keja pulak kat Subang Jaya, so aku memang ulang-alik naik motor sebab malas nak naik kereta. Jem giler, especially jalan kat Cheras tu.
Nak dijadikan cerita, aku eksiden time naik motor tu. Aku pengsan, cuma tersedar balik bila dah kat tepi jalan sebab ada orang dah alihkan. Bila sedar balik tu, kepala memang sakit, and aku tak ingat langsung apa yang berlaku sebelum tu. Masuk hospital Kajang, Doktor sahkan memang ada gejala/ symptoms gegaran otak.
Ambil masa 2 minggu jugak baru hilang semua symptoms dia hilang. Apa symptoms dia? Rasa pening, rasa keliru, rasa mual and rasa hilang balance. Dia tak sakit sebenarnya. Sakit dia sebab kepala terhentak jelah. Gegaran otak atau concussion tu sendiri tak sakit pun. Dan gegaran otak tak semestinya kena tak sedarkan diri atau hilang ingatan (Doktor pakar saraf/ otak yang cakap).
Jadi, apa nak buat untuk pulihkan gejala gegaran otak dan macam mana nak tau yang kita dah pulih dari kecederaan gegaran otak ni?
LAMA TAK NAK SEMBUH?
Kena ingat, gegaran otak atau concussion ni kira kecederaan jugak tau. Dia kira macam kita kena hamstring strain atau macam kena ankle sprain. Cuma kali ni yang cederanya, otak lah. Cedera tak semestinya berdarah. Kadang kalau lebam atau bengkak saja pun, kira cedera jugak.
Ada macam macam saringan kesihatan yang boleh dibuat untuk check sama ada kita dah ok ke tak, ada lagi ke tak gejala concussion ni. Kalau tanya, lama tak untuk pulih? Sebenarnya tak ada had masa. Ikut berapa teruk kecederaan yang kita kena tu. Yang aku kena aritu, 2 minggu lah baru hilang gejala. Kalau ikut kata doktor, boleh sampai 3 bulan, tengok teruk mana atau besar mana kecederaan tu.
PEMULIHAN UNTUK KEMBALI BERSUKAN / AKTIF / NORMAL.
Sebagai pegawai pemulihan anggota (Physiotherapist Officer), kalau kat hospital kitaorang akan mulakan sesi pemulihan/ fisio dengan senaman berintensiti paling rendah, macam berjalan kat dalam ward atau main basikal statik kat dalam gym fisio. Kalau dapat monitor degupan jantung pesakit, letak Target Heart Rate dia setakat 40%-50% daripada Maximum Heart Rate dia. Maximum Heart Rate nak kira dia, senang je. 220 tolak umur pesakit.
Senaman ni dia akan buat kita punya tekanan darah naik, yang secara langsungnya akan buat Intracranial Pressure kita naik (tekanan dalam tengkorak). Kalau masih ada kecederaan dalam otak, senaman ni akan buat gejala muncul balik atau makin teruk. Jadi, kena pastikan senaman ni adjust ikut gejala pesakit. Proses pemulihan kena teruskan tetapi turunkan atau naikkan intensiti ikut kesesuaian pesakit.
Lepas tengok pesakit selesa dengan intensiti yang sama untuk beberapa sesi, cuba naikkan pulak intensiti. Mungkin boleh start main treadmill, atau jogging (kalau dalam padang lah). Sama jugak, pantau gejala pesakit dan tengok heart rate dengan tekanan darah. Kekalkan intensiti kalau gejala ringan muncul, rendahkan kalau ada gejala besar. Indikasi terbaik untuk naikkan intensiti bila pesakit dah tak mengadu pasal gejala atau tak nampak gejala dalam sesi latihan/ senaman.
Daripada fasa ni, boleh naikkan level latihan ke main passing-passing bola (untuk pemain bola la khususnya), side to side running, atau apa-apa latihan teknikal tahap rendah. Pastu boleh proceed ke latihan-latihan yang diaorang kena buat decision making atau mana-mana latihan dalam kumpulan, tapi tak melibatkan body contact. Penting untuk merangsang saraf otak untuk kembali aktif dalam sesi pemulihan supaya tak nampak slow buat keputusan bila dah start main balik nanti.
Last sekali baru boleh naik ke intensiti tinggi, macam buat tackle, melompat, buat rondo, dan kalau semua ni dia buat okay, tak ada gejala muncul, so boleh masuk balik ke latihan normal dalam pasukan.
Ulasan
Catat Ulasan