FORMASI YANG SAMA, TAPI TAKTIKAL YANG BERBEZA: MACHESTER CITY (4-3-3 KE 3-2-4-1) VS LIVERPOOL (4-3-3)
Sebelum ni aku pernah komen pasal macam mana Guardiola punya taktikal untuk pecahkan pasukan yang suka parking bas pakai build up 3-2 dari bawah dan letak sampai 5 pemain masuk dalam final third lawan. Semalam aku sempat tengok balik siaran ulangan City vs Liverpool (Piala Liga @ Piala Carabao) dan perasan Pep pakai taktikal yang hampir sama, cuma execution je berbeza sikit. Manchester City mula dengan formasi 4-3-3 jugak, macam biasa yang Pep salu setup, cuma bila diaorang dalam fasa pegang bola dan aktif menyerang, formasi tu berubah jadi 3-2-4-1.
3 orang paling belakang sekali dalam formasi tu, 2 orang centre back (Akanji dengan Laporte) tambah dengan Rodri yang turun ke bawah yang akan menyelit antara dua centre back. Rico Lewis (bek kanan) dengan Nathan Ake (bek kiri) masuk ke tengah untuk jadi penghubung atau fulkrum antara defend dengan barisan offensif kat atas. De Bruyne dengan Gundogan masuk ke half-space, Mahrez pegi wide kanan, Cole Palmer ke wide kiri and robot Haaland tunggu sorang - sorang dalam kotak penalti.
Apa yang menarik pasal Pep pakai formasi and taktikal ni, sebab kau giler ke apa nak attack Liverpool guna formasi and taktikal yang khas untuk attack team parking bas? Liverpool team yang jenis press giler-giler, tak akan parking bas, dan yang paling penting, Liverpool sangat-sangat bahaya bila counter attack. City pulak suka buat high line defending Nunez dengan Salah, dua-dua tu player yang ada speed dan sukar untuk dibendung kalau diaorang dah start speeding and boleh beat high line defending sambil bawak bola. Kita dah tengok banyak kali macam mana Salah bawak bola solo masa counter attack dan skor. Tetapi macam mana semalam taktik ni menjadi? Boleh kata Pep kira gamble jugak la semalam.
Sebelum ni, Manchester City pernah jugak pakai formasi yang sama untuk lawan Liverpool, cuma tak membuahkan hasil sangat sebab, 1) Alison power sangat, 2) Liverpool defending off ball guna 4-4-2/ 4-5-1. Tapi City still menang jugak, 1-0. Masa yang Piala Carabao pagi jumaat tu, diaorang defend pakai 4-3-3 off ball dan goal keeper bukan Alison (Kelleher main). Satu lagi, midfield pun pakai budak muda dua orang (Stefan dengan Elliot), centre back utama Van Dijk pun tak main. So..boleh kata menang nasib jugak ke City ni ek? Tak tahulah.. Sebab kalau Liverpool pakai full skuad utama, sakit jugak City nak absorb counter attack diaorang. Liverpool shot on target 2 je semalam, dua-dua gol. City sampai 9 on target, tapi skor 3 je. Cuma, paling kurang lagi 2 atau 3 gol City boleh skor kalau diaorang lebih clinical semalam.
Macam sebelum ni aku pernah cakap, midfield City akan masuk ke half-space (kiri Gundogan, kanan De Bryune), so centre back Liverpool tak boleh nak fokus kat Haaland sorang, wing attacker City akan stay wide supaya bek tepi Liverpool tak boleh nak support centre back diaorang. Situasi 2 lawan 1 sentiasa terjadi sebab triangle di tepi atau tengah yang player-player City cipta. Bila jadi macam ni, midfield Liverpool tak ada pilihan lain selain dari turun ke bawah untuk cover kawan and buat pressing. Tapi bila dah sibuk bertahan, diaorang dah keluar dari posisi untuk menyerang dan ni membataskan ancaman diaorang. Dari dua gol Liverpool, satu je yang dari build up play. Satu lagi dari counter attack. Itu menunjukkan betapa mid Liverpool memang tak mampu berfungsi baik dalam match tu.
Sementara front 3 Liverpool dah berhabis baik dah untuk press back 3 City, tapi bila ada 2 extra player support back City kat tengah, tak dapat Nunez, Fabio dengan Salah nak buat apa sangat. Kalau diaorang 3 dapat tutup passing lines kat tengah untuk halang Ake atau Rico Lewis dari kutip bola dari bawah, Rodri boleh buat long ball ke Palmar atau Mahrez. Kalau Mahrez atau Palmar kena block kat tepi atau atas, diaorang akan circulate balik bola ke Gundogan/ De Bruyne atau ke Akanji/ Laporte. Kalau aku jadi player Liverpool pun hangin bai kena macam ni. Player City pulak jenis pass bola sampai kaki kawan, pastu kau nak pening lagi jaga robot gol kat depan tu. Stress bodo kalau kena maij macam tu.
Nanti 29 haribulan City and lawan Leeds (away), sementara Liverpool akan lawan Aston Villa 27 aribulan nanti (away jugak). So, nak tengok jugak sama ada Pep akan pakai taktik yang sama jugak ke? atau ada tweak lain dia akan buat. Formasi dia tak akan tukar lah, konfom 4-3-3 punya. Liverpool pun mungkin akan start pakai pemain-pemain utama dia lepas dah abis rehat dari World Cup aritu. Keputusan mungkin berbeza masa tu nanti dan menarik untuk kita tengok nanti.
Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan