Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 12, 2022

Argentina; Kesenian dan keindahan yang dibina di atas "kekerasan dan kekasaran".

Imej
(Gambar: Adam Pretty - FIFA/FIFA via Getty Images). Budaya bola sepak Argentina kadang-kadang terasa kontradik dari satu sudut ke sudut yang lain. Satu segi, bola sepak Argentina adalah berkisar sekitar seni dan keindahan permainan bola sepak itu sendiri. Tapi dari satu sudut yang lain, terutamanya jika anda pernah menonton liga kebangsaan Argentina ( Primera División ), anda akan lihat betapa "keras" dan "kasar" gaya permainan yang ditonjolkan.  Untuk sebuah negara yang melahirkan ramai pemain-pemain kreatif " playmaker ", anda akan terkejut dengan betapa ramainya pemain-pemain tengah jenis "pemusnah" atau " destroyer " yang anda akan dapat saksikan. Boleh disimpulkan, budaya bola sepak Argentina bukan hanya berkisar tentang "permainan cantik", tetapi juga berkisar sekitar "kekerasan dan kekasaran". Namun jangan salah anggap, kerana "kekerasan" atau "kekasaran" ini, jika digunakan den...

Morocco: Mengejar Mimpi Mustahil.

Imej
(Kesebelasan Utama Morocco dalam perlawanan menentang Portugal di suku akhir Piala Dunia 2022/ ANP Getty Image) Sebelum bermulanya saingan Piala Dunia 2022 Qatar, Morocco cuma pernah menang 2 kali sahaja dari 16 perlawanan Piala Dunia. Dengan jurulatih yang baru 4 bulan dilantik,  tiada yang meletakkan harapan tinggi kepada pasukan ini. Jadi, bagaimanakah Morocco mencipta kejutan demi kejutan dalam saingan Piala Dunia kali ini; menewaskan pasukan-pasukan ternama termasuk Belgium, Sepanyol, dan Portugal, serta mampu menyekat satu lagi pasukan semi-finalis, Croatia? PERTUKARAN JURULATIH BARU Sebelum ini, Morocco dibimbing oleh Vahid Halilhodzic, jurulatih yang berasal dari Bosnia. Dia mengemudi Morocco sepanjang kelayakkan Piala Dunia Zon Afrika. Tetapi segalanya nampak berakhir buat Halilhodzic selepas keengganan Halilhodzic untuk menyenaraikan nama Hakim Ziyech dalam skuad kebangsaan Morocco. Ini membuatkan Persatuan Bola Sepak Morocco memecatkan Halilhodzic kerana...