TEORI TAKTIKAL: Memecah Blok Defensif 4-5-1

Masa World Cup aritu kan, ada satu defensive block yang agak menarik untuk kita kaji. Yang paling menarik bagi aku, defensive block 4-5-1 yang Jepun dengan Maghribi pakai. Team-team macam Spain dengan Jerman agak struggle nak pecahkan blok defensif ni, walaupun ramai penganalisis sependapat bahawa Spain dengan Jerman memiliki barisan serangan yang ampuh dari segi kualiti pemainnya dan struktur pasukannya. So, macam mana sebenarnya nak berhadapan dengan pasukan-pasukan yang suka bertahan dan counter attack ni? Macam mana nak pecahkan blok defensif, espcially formasi 4-5-1 ni? Kebanyakkan pasukan-pasukan bola sepak moden sekarang menggunakan kepantasan, serangan berorientasikan posisi ( positional attacks), high-pressing, third-man runs, dan hantaran tinggi silang untuk mendominasi dan menewaskan blok-blok defensif rendah begini. Untuk case study kali ni, kita ngaji sikit formula yang Pep guna di Manchester City, macam mana deme pecahkan benteng pasukan yang suka parking...