MACAM MANA NAK HALANG MESSI??

(Lionel Messi, 2022; Google Image)

Sebenarnya, takde rahsia pun macam mana nak defend lawan Messi ni. Rasanya dah berjuta artikel atau video orang dah hasilkan dengan bermacam taktikal tentang cara nak halang Messi. Semua orang tengok dia main. Ada yang dah berpuluh tahun tengok dia main bola. Semua pasukan dah cuba dan ada yang berjaya, tapi ramai lagi yang macam tak berdaya. Kenapa? Dah praktis bagai semua, tengok video dia, buat latih tubi taktikal untuk sekat dia, pun masih sukar nak halang dia? Enigma seorang playmaker bernama Lionel Messi.

Tetapi, ada beberapa pasukan yang berjaya (setidaknya secara collective) melimitkan tahap pengaruh Messi ke atas keputusan perlawanan, dan mereka melakukan beberapa perkara seperti berikut;

1) TOLAK DIA PI KAWASAN SAYAP (KANAN)

Okay, sebelum nak halang dia, kena tau dia selalu marayap kat kawasan mana bila Argentina pegang bola atau hilang bola. Dia selalunya akan mundar mandir kat half-space belah kanan kawasan serangan Argentina, kat depan belah kiri kotak penalti pasukan lawan. Dia akan tunggu bola kat situ.

Kenapa dia suka lepak kat situ? Sebab dari kawasan tu, dia boleh cut in terus ke kawasan paling merbahaya iaitu zon 14, betul-betul depan kotak penalti lawan. Dia boleh driblle dan shot dari situ, atau dia akan buat through pass untuk kawan-kawan dia dari situ, atau dia akan buat link-up play, atau dia akan buat cross ke belah kiri sayap Argentina, so bek kiri/ midfield kiri/ sayap kiri boleh overlap/ lepas perangkap offside. Dan kebanyakkan gerakkan ini menghasilkan peluang-peluang gol untuk Argentina. Messi memang paling bahaya kalau dia dapat sentuh bola dan kawal bola bermula dari kawasan ni.

Jadi, dengan menolak dia ke tepi paling kanan, kawasan gol/ pintu gol dah bukan depan dia lagi. Dia sama ada terpaksa cross ke tengah, atau pass ke belakang, atau dribble ke depan (senang sikit nak defend sebab tak payah risau dia akan shot). So, pi penuhkan ruang depan kotak penalti belah kiri tu, jangan bagi dia free-free bawak bola masuk ke situ.

2) KAWAL PEMAIN BEK KIRI ARGENTINA DARI BUAT OVERLAP

Selain suka dribble, link play, atau shooting dari kawasan lepak dia tu, Messi suka cross bola ke belah kiri serangan Argentina, dan selalunya bek kiri diaorang yang buat overlapping run akan sambut bola cross ni. Kalau tak ada pemain lawan yang track back, bek kiri (selalu Marcos Acuna la yang main situ) Argentina boleh buat cross tanpa tekanan, atau boleh buat cut in untuk masuk ke dalam kotak penalti untuk buat ground cross/ percubaan bahaya.

Maksudnya, kalau crossing/ passing option dia dah limited, Messi akan sukar nak bertindak dari kawasan half-space kegemaran dia tu. Selalunya pemain-pemain lawan sibuk sangat cuba nak kawal Messi kat kawasan belah kiri diaorang, jadi kawasan belah kanan kotak penalti tu agak free dan tak ada orang kawal, senang untuk Lacuna naik ke atas dan provide back up attack.


3) ATAU NAK LAGI SENANG, JANGAN BAGI DIA MASUK KE TENGAH/ KIRI LANGSUNG

Okay, katakan taktik kat atas pun tak jalan jugak, sebab Messi masih dapat buat crossing, masih bermaharajalela  buat driblle, shooting bagai, buat through pass kat Alvarez (atau Lautaro Martinez), senang citer jangan bagi dia bergerak ke kiri langsung dari half-space kanan tu. Daripada tak terdaya nak halang dia buat playmaking, mungkin better jangan bagi dia dapat sentuh bola pakai kaki kiri dia tu (Messi kidal, kalau ada yang tak tahu). 

Dengar macam senang nak buat kan? Tapi berapa banyak pasukan je yang dah berjaya buat semua ni, walaupun dah tahu apa nak buat. Pastu ingat Messi tak tau apa yang orang akan buat untuk halang dia? Kamu nanyaaa..

Bagi tekanan dari belakang masa dia pegang bola dalam keadaan dia membelakangkan tiang gol. Masih ada risiko yang dia akan driblle dan pusing especially kalau 1-vs-1. Kalau susah sangat nak kepung dia dari belakang, jaga je lah tepi kiri dia masa dia kawal bola menghadap gol lawan. Mungkin Messi masih boleh dribble ke depan sebab yang disekat belah kiri dia, bukan depan dia, tapi at least dia tak boleh cut in sebab bila dia cut in tu yang bahaya tu.

4) SEKAT Di MARIA & De PAUL

Andai kata taktik kat atas berjaya, apa lagi yang kena buat untuk pastikan ancaman dari belah kiri tu dapat dikurangkan? Macam biasa, jangan bagi Di Maria dengan De Paul buat keje. Ramai orang ingat, Messi sorang je yang boleh buat playmaking dalam team Argentina ni. Masalahnya, belah kanan tu ada Di Maria yang boleh jadi wide playmaker, Molina yang boleh buat crossing bahaya dan De Paul dari bahagian tengah.  

Berbanding nak halang Messi, nak halang 3 ekor ni lagi senang kot. Tapi, memandang rendah triangle support ni memang kesilapan paling besar mana-mana team boleh buat kalau berhandapan dengan Argentina. Menghalang triangle support kanan Argentina ni sama penting dengan menghalang Messi dalam half-space kanan, sebab kebanyakkan gerakkan Messi diasaskan dari gerakkan yang bermula dari segi tiga ini dulu.

5) SEMUA TAK JADI JUGAK?? BAGI JE LAH MESSI PENALTI.

Jangan gelak dulu, ini bukan lawak. Sebab penalty taker Argentina kan Messi. Tapi masalahnya, berapa banyak penalti je yang masuk kalau Messi yang ambik? Messi dia dalam banyak-banyak benda yang dia power, penalti jugak yang dia hauk sikit. Tak pasti lah kenapa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEORI TAKTIKAL: Memecah Blok Defensif 4-5-1

Preview Taktikal: (Perancis vs Maghribi). Pertembungan Dua Pasukan Yang Memanipulasi Transisi.

Concussion @ Gegaran Otak: Pengalaman Peribadi dan Aplikasi Pemulihan dalam Sukan