ARSENAL: RANGKAIAN SERANGAN BERBISA DAN MUDA, TENGAH YANG DINAMIK DAN PERTAHANAN YANG STABIL. AKANKAH MEREKA BERGERLAR JUARA EPL AKHIRNYA?


Lepas abis Piala Dunia, dengan Gabriel Jesus yang injured lutut, ramai yang anggap barisan serangan Arsenal akan mengalami masalah. Yelah, sebelum ni Jesus yang banyak main peranan untuk menggerakan serangan Arsenal. Cuma mungkin ramai juga yang terlepas pandang, bukan Jesus sorang je yang penting dalam menggerakkan serangan Arsenal. Arsenal juga ada kapten mereka, Martin Odegaard. Odegaard ni lah sebenarnya main playmaker Arsenal. And dia tak main pun World Cup sebab Norway tak layak. So maksudnya Odegaard ada masa rehat yang cukup untuk fokus kepada EPL bila World Cup dah abis.


Sebenarnya agak susah nak carik player macam Odegaard. Bukan saja dia rajin buat pressing and buat tackle, dia pun kreatif dan bijak (yelah, dah nama pun main playmaker) merencana serangan. Kalau kat bahagian tengah ada Odegaard dengan Jesus (masa dia tak injured lah) yang power bab-bab play-making, kat sayap mereka ada Saka (sayap kanan) dan Martinelli (sayap kiri). Dua orang ni bukan saja berdesup bila bawak bola, close control diaorang juga sangat bagus. Bola lekat kat kaki, berani buat dribble and pandai buat link-play. Bila berhadapan dengan pasukan yang suka parking bas, Arsenal masih boleh masuk kedalam kotak penalti lawan sebab keupayaan pemain-pemain mereka ini. Walau dengan Jesus tak ada, tapi Arsenal masih ada Eddie Nketiah, pemain muda yang baru berusia 23 tahun untuk menggantikan tempat dia. Walaupun gaya  permainan dia tak macam Jesus yang lebih suka memegang bola dan lebih terlibat dengan permainan, Nketiah bijak dalam mencari ruang dan melakukan off ball run untuk menarik pemain lawan keluar dari posisi. Link up play dia juga bagus dan tak gelabah bila dia terima bola dalam keadaaan ditekan lawan.

Satu lagi nama yang sebenarnya mengejutkan, even peminat dan Arsenal sendiri, juga menyumbang banyak kepada rangkaian serangan merbahaya Arsenal ialah Granit Xhaka. To be honest lah, sapa sangka siot Xhaka ni bagus bila naik ke attacking. Tak tau lah macam mana Arteta pi basuh dia sampai dia dah naik level macam ni sekali. Disiplin dia jugak makin bagus, kalau tak dulu rajin jugak dia ni kutip kad kuning atau kad merah. Mungkin Arteta rasa Xhaka punya aggresive ni bagus di salurkan ke arah attacking, sebab kalau bagi dia main defensif, dia jadi tak seronok. Tu yang banyak main pangkah kaki pemain lawan tu. Tapi berbaloi la Arteta convert  dia ke offensif. Banyak gol-gol, assist and attacking play dia buat untuk support kawan-kawan dia kat atas. Dalam masa yang sama, dia juga dah bijak sikit buat tackle and pressing sekarang. Dengan Thomas Partey yang sangat stable di belakang attacking line, sebab Zinchenko dengan Ben White yang boleh support, Xhaka dan Odegaard boleh push naik ke atas tanpa perlu risau sangat pasal tanggungjawab defensif.

Season lepas, Arsenal selalu struggle  untuk kekalkan intensiti permainan dan selalu hilang keyakinan untuk buat come back bila ketinggalan. Season ni diaorang lebih yakin, lebih berani untuk ambik risiko. Salah satu sebabnya kerana peningkatan ketara persembahan bahagian midfield mereka. Xhaka, Odegaard dan Partey sangat dinamik dan merupakan pencetus utama serangan-serangan Arsenal. Dapat dilihat mereka akan settle down awal di setiap perlawanan dan cuba untuk mendapatkan gol awal supaya kemudian mereka lebih mudah untuk mengawal permainan. Mereka juga dilihat tak main play safe macam season lepas. Mereka juga lebih cepat untuk bertindak balas bila ketinggalan. Arsenal tidak akan menunggu lama untuk menyamakan kedudukan jika pihak lawan sudah mendahului. Setakat ini, hanya Manchester United saja yang pernah ada defisit lebih 1 gol ke atas Arsenal dan Arsenal kalah perlawanan tersebut. Belum pernah lagi selepas itu mereka ketinggalan lebih satu gol. Selepas kekalahan tersebut, Arsenal dilihat jauh lebih berani untuk bermain aggresif dan menyerang, terutamanya jika ketinggalan. Kerana keberanian untuk mengambil risiko inilah Arsenal ada kelebihan 7 mata di puncak liga sekarang.


Bahagian pertahanan Arsenal juga dilihat lebih tenang dan stabil season ini. Dengan prestasi Aaron Ramsdale yang sangat cemerlang, dan barisan pertahanan yang mempunyai depth yang bagus membolehkan Arteta untuk menggilirkan pemain tanpa merisikokan prestasi pasukan. Ramsdale cuma bolos 14 gol sahaja dalam liga setakat ini dari 16 perlawanan, ranking kedua terbaik dalam liga selepas Manchester City. Barisan pertahanan Arsenal bukan saja boleh bertahan dengan baik dalam garisan tinggi, tetapi mereka juga boleh membantu pemain tengah untuk membuka ruang permainan jika pasukan memerlukan gol atau ketika berhadapan dengan pasukan yang bertahan dalam blok rendah. Gabriel Magalhaes dan Wiliam Saliba bertindak baik dalam membaca permainan dan berkebolehan  menghantar bola tinggi ke atas untuk memecah pertahanan lawan jika bahagian tengah dan sayap mereka terkepung oleh lawan. Dengan Thomas Partey yang banyak membantu untuk mematikan serangan lawan sebelum ianya bermula, dan kebolehan Zinchenko dan Ben White untuk masuk ke tengah dan mengawal permainan, Arsenal boleh bertahan lebih baik berbanding musim lepas dan jarang melepaskan penguasaan bola di kawasan berbahaya. Arsenal juga dilihat lebih effektif dalam menangani serangan balas lawan musim ini dengan koordinasi pemain tengah dan pertahanan dalam memintas bola sebelum serangan balas pihak lawan sempat bermula.

Musim ini boleh dikatakan musim terbaik Arsenal selepas beberapa tahun bergelut untuk mendapat tempat di Top 4 dan sukar mendapat tempat untuk ke Liga Juara Juara Eropah. Namun sekarang mereka sedang memimpin liga dengan kelebihan 7 mata berbanding pasukan penyandang juara, Manchester City. Walaupun ramai yang meramalkan yang City masih boleh mengejar mereka sebelum musim ini berakhir, tetapi jika dengan prestasi semasa dan trend yang dilihat lebih dari 10 musim yang lepas mengatakan, hampir tiada pasukan yang berada pada ranking pertama pada tahun baru tidak akan bergelar juara (9/10 atau 90%) pada akhir musim, mungkin musim inilah musim terbaik untuk Arsenal mendapatkan gelaran kejuaraan liga yang terakhir mereka menangi pada 2003/2004. Adakah mereka akhirnya akan bergelar juara? Menarik untuk kita nantikan.

Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEORI TAKTIKAL: Memecah Blok Defensif 4-5-1

Preview Taktikal: (Perancis vs Maghribi). Pertembungan Dua Pasukan Yang Memanipulasi Transisi.

Concussion @ Gegaran Otak: Pengalaman Peribadi dan Aplikasi Pemulihan dalam Sukan