TEORI TAKTIKAL: Memecah Blok Defensif 4-5-1

Masa World Cup aritu kan, ada satu defensive block yang agak menarik untuk kita kaji. Yang paling menarik bagi aku, defensive block 4-5-1 yang Jepun dengan Maghribi pakai. Team-team macam Spain dengan Jerman agak struggle nak pecahkan blok defensif ni, walaupun ramai penganalisis sependapat bahawa Spain dengan Jerman memiliki barisan serangan yang ampuh dari segi kualiti pemainnya dan struktur pasukannya.

So, macam mana sebenarnya nak berhadapan dengan pasukan-pasukan yang suka bertahan dan counter attack ni? Macam mana nak pecahkan blok defensif, espcially formasi 4-5-1 ni?

Kebanyakkan pasukan-pasukan bola sepak moden sekarang menggunakan kepantasan, serangan berorientasikan posisi (positional attacks), high-pressing, third-man runs, dan hantaran tinggi silang untuk mendominasi dan menewaskan blok-blok defensif rendah begini.

Untuk  case study kali ni, kita ngaji sikit formula yang Pep guna di Manchester City, macam mana deme pecahkan benteng pasukan yang suka parking bas kat EPL. Pep hadap benda ni hampir tiap minggu, maka dia lah yang Terpaling tau macam mana nak settle masalah ni. Maka, moleklah kita belek sikit "kitab" Pep ni untuk tau lebih lanjut cara untuk pecahkan defensive 4-5-1 low block.

BERSELERAK SUPAYA LAWAN KELIRU

Kalau dulu-dulu coach salu kata "bukak ruang! luaskan padang!". Konsep dia sebenarnya sama. Instead of pemain-pemain penuhkan satu sisi padang sebab nak overload atau nak ada numerical advantage kat satu zon padang, pemain kena memenuhi setiap zon offensif padang supaya senang nak bergerak ke depan sama ada melalui tepi atau tengah sebab dekat semua tempat ada pemain. In case kalau bola kena rampas pun, nak buat counter-pressing pun senang sebab dah ramai mengelilingi kawasan bola.

Cuma, kalau nak pakai taktik ni, team kau kena macam team Pep jugak la. Space antara player jangan dekat sangat, nanti senang player lawan nak jaga. Hantaran kena kemas, kena ada player yang boleh dribble, and kena pandai keluar dari marking lawan. Larian dengan bola dengan larian tanpa bola kena aktif dalam taktikal ni.

Risiko yang kena diambil oleh pasukan yang nak menyerang pakai taktikal ni, dia kena hantar seramai yang mungkin pemain ke depan. Tapi jangan la ramai sangat sampai takda player yang ready untuk halang counter attack. Satu lagi, back line kena ada satu player extra berbanding striker lawan. Contoh, kalau lawan hantar satu striker untuk pressing ke atas, at least ada dua player defend kat bawah (selalu dua Centre Back lah kan). Pastu kena ada at least satu midfield kat depan dua Center Back tu, untuk jadi ball progressor. 

Di bahagian tengah pulak, striker pasukan yang menyerang kena drop sikit ke bawah, untuk buat overload kat tengah. Kalau Centre Back lawan tak man-mark striker tu, dia akan boleh terima bola tanpa tekanan, boleh cipta peluang gol dari posisi di depan betul-netul pintu gol. Dalam masa yang sama, pasukan lawan akan hilang kawalan di kawasan tengah sebab midfield diaorang dah outnumbered di situ. Tapi, kalau Center Back lawan pi ikut striker, man-mark dia, of course dia akan keluar dari posisi asal dia. Ruang yang dia tinggalkan itu lah yang akan diserang player-player midfield pasukan yang menyerang.

DINAMIK TRAINGLE DI SAYAP


Contoh kalau nak attack dari bahagian sayap pulak, kena ada "triangle" antara bek sayap, penyerang sayap dan pemain tengah. Apabila dah sampai ke titik yang paling tinggi di tepi kotak pertahanan lawan, tapi tetap gagal nak masuk ke dalam kotak penalti melalui permainan kombinasi atau larian, maka boleh buat switch play ke sayap sebelah pulak menggunakan bola diagonal (hantaran tinggi menyilang).


Cuma, change side macam ni saja tak semestinya kita akan mampu masuk ke dalam kotak penalti lawan semudah tu. Sebab tu, macam yang dikatakan awal tadi, setiap pemain kena stay kat posisi masing masing dan buat triangle even dekat belah sayap yang bukan tengah pegang bola. So bila bola switch dari satu sayap ke sayap yang satu lagi,  bahagian sayap yang menerima bola tu dah ready. Pemain lawan masa ni of course tengah dalam transisi nak shift ke belah kawasan yang baru terima bola ni tadi. Mereka dalam fasa kekurangan pemain untuk support kawan. So, masa inilah paling sesuai untuk masuk ke dalam kotak penalti dan buat peluang goal.

MENEROBOSI 4-5-1

Untuk pasukan yang suka build-up dari bawah pulak, payah sikit nak pecahkan 4-5-1 ni sebab diaorang ada lebih player kat tengah (5 player midfield). Striker lawan yang sorang tu memang akan jaga difensive mid pasukan yang menyerang lah selalunya. Pep Guardiola akan arahkan player dia buat build up guna formasi 3-1 atau 3-2, bergantung kepada berapa ramai player yang buat pressing.


Defensive mid akan turun ke bawah, sebaris dengan dua Centre Back (atau di antara dua Center Back senang kata). Kalau striker lawan yang mark diffensive mid tadi, dia akan outnumbered dan tak akan mampu buat pressing. 1 atau dua pemain attacking mid pasukan menyerang tadi akan turun ke bawah sikit jugak sebab nak buat support play dari tengah atau nak terima bola dari bawah. Kalau Pep, kadang dia letak fullback dia kat tengah berdua tu masa buat build up.
Kalau bola dah sampai kat tengah berdua ni, attacking mid yang kat atas boleh masuk ke half-space lawan untuk support striker, wide attacker pulak boleh pegi ke sayap untuk menekan bek sisi lawan. Bila dah masuk ke fasa ni, prinsip yang pertama tadi kena buat iaitu larian dengan bola dan larian tanpa bola. Larian kena laju, hantaran kena tepat sebelum pemain lawan tutup balik kawasan yang dah terbuka tadi.

KESIMPULAN

Build up pakai 3-1 atau 3-2 untuk elak kena press. Kalau kena press pun, still senang nak lepas sebab ramai support. Bila bola dah sampai tengah, hantar seramai mungkin pemain ke atas untuk menekan lawan di block defensive mereka. Paling kurang 5 pemain di atas, setiap satu sayap kena ada satu pemain paling kurang, striker di zon 14 atau dalam kotak penalti, dan pemain tengah masuk ke half-space (kiri dan kanan).

Larian laju dengan bola, 3rd man run, triangle di sayap, striker drop ke bawah sikit dan jangan lupa switch play. Okay, sekian sesi kali ini. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preview Taktikal: (Perancis vs Maghribi). Pertembungan Dua Pasukan Yang Memanipulasi Transisi.

Concussion @ Gegaran Otak: Pengalaman Peribadi dan Aplikasi Pemulihan dalam Sukan