Perancis 2018 vs Perancis 2022; Evolusi Taktikal

Kumpulan pemain berbeza. (Gambar: Google Image.)

"Aku tak suka sangat nak banding-bandingkan player ni sebenarnya." Kata coach Perancis, Didier Deschamps, lepas diaorg menang lawan England time quater final aritu.

Untuk rekod, Perancis merupakan pasukan yang ke-5 yang melangkah ke final sebagai penyandang juara dan merupakan negara eropah yang pertama yang berbuat demikian sejak Itali melakukan perkara yang sama pada 1938. Kalaulah mereka menang lawan Argentina nanti di final, maka Perancis bakal menjadi negara pertama yang mempertahankan kejuaraan untuk 2 edisi berturut dalam 60 tahun sejak Brazil melakukanya kali terakhir pada 1962.

Mungkin Deschamps tak suka nak bandingkan player-player dia, tapi kalau nak ikutkan prestasi Perancis yang agak suram semasa kelayakkan, dengan kecedaraan pemain-pemain utama, apa yang mereka dah buat dengan taktikal pasukan hingga mampu layak ke final?

KEKAL DENGAN 4-2-3-1 YANG "UPGRADED"

Deschamps masa mengumumkan senarai akhir nama-nama pemain untuk squad Piala Dunia, dia dah bagitau memang akan stick dengan back four. "Saya dengan staff-staff jurulatih dah kaji dan bincang banyak kali, tentang formasi apa yang sesuai. Kita memang boleh main bagus pakai back 3, tapi buat masa sekarang, payah sikit sebab keadaan tak mengizinkan."

Bulan 10 aritu Perancis juara Liga Negara-Negara, menang lawan Belgium kat semi-final, pastu menang lawan Spain kat final. Masa tu diaorang pakai formasi 3-4-1-2, Griezmann jadi No 10, kat belakang front 2 Mbappe dengan Benzema.

Dalam formasi ni, wing-backs akan turun sikit ke bawah, so akan jadi rantaian berlima lah kat pertahanan, especially bila dalam keadaan bertahan. Perancis pulak bukan jenis pasukan yang suka buat high pressing, so diaorang just buat passive defending je lah guna back 5 (back 3 sebenarnya, cuma tambah 2 wing-back). "Masalh pakai back 3 ni, dia jadi tak balance sangat, walau kadang kitaorang dapat cover mistake kat bahagian pertahanan. Nak main tournament macam Piala Dunia ni, defend kena mantap," kata Deschamps.

Tapi apa yang dia kata tu memang betul lah. Sebab masa menang lawan Belgium dengan Spain kat Liga Negara-Negara tu, diaorang tak dapat control game sangat pun bila pakai back-3. Cuma nasib diaorang baik sebab ada player player macam Mbappe, Griezmann dengan Benzema yang sangat clinical untuk buat gol. Deschamps tak suka bergantung harap dekat keupayaan individu pemain saja.

Masa final Piala Dunia 2018 (lawan Croatia), Perancis pakai Blaise Matuidi jadi wing kiri (walaupun dia sebenarnya player midfield) sebab nak seimbangkan barisan depan diaorang yang tak simetri. Tapi untuk Piala Dunia 2022 pulak, kat dua-dua sayap diaorang ada dribller sejati. Mbappe belah kiri, Dembele belah kanan. Masa 2018 tu, Mbappe main sayap kanan, tapi still dia hidup jugak main belah tu. Aje giler, dah la dua-dua Mbappe dengan Dembele boleh beat sapa-sapa one-on-one, Dembele pulak dua-dua kaki hidup. Memang giler defend tak tau nak cover belah mana, sebab mana-mana pun dia boleh cut masuk.

Gabungan Mbappe-Dembele dalam Piala Dunia kali ni dah menghasilkan 9 percubaan berbahaya. Rare nak tengok winger dengan winger nak gabung-gabung ni sebenarnya secara langsung, tapi mereka berdua menjadi. 

Banding dengan skuad yang main Piala Dunia 2018, skuad kali ni main jenis relax sikit. Tak terlalu direct and nak cepat sangat naik atas. Skuad 2022 lebih banyak pegang bola, tunggu ruang terbukak baru masuk attack, tak macam 2018 yang kalau dapat peluang je, terus serang walau ruang tak besar mana untuk masuk. Sampai Griezmann ada kata masa 2018 tu, "Rasa macam main match Atletico Madrid pun ada. Defend, pastu counter attack untuk jaringkan gol." 

Kalau nak dibandingkan jugak, masa group stage Piala Dunia 2018, Perancis cuma skor 3 gol, tapi kat Qatar 2022, skor 6 gol. Walaupun lagi banyak clean sheets masa 2018 tu, 1 gol je bolos banding 4 gol bolos masa 2022, tapi kat Qatar ni diaorang tak pernah lagi bocor lebih dari 1 gol.

PERANAN BARU GRIEZMANN & MID-BLOCK.

"Ada pemain yang dah bertukar, ada yang masih ada dalam squad. Perubahan tu normal lah kalau kita nak maju ke depan, kan." kata Deschamps lepas menang 2-1 lawan England aritu. Dalam ramai-ramai pemain lama yang masih ada dalam skuad, ada pemain bermain dalam peranan yang berlainan dengan apa yang mereka selalu sandang. Contohnya, Griezmann. Griezmann ni, semua posisi offensif dia boleh tapau. Lagi gila, Griezmann pernah main jadi midfield (midfield No 8 tau, centre mid, bukan No 10 playmaker macam yang dia main sekarang). Dan walau pun main jadi centre midfield, dia still boleh cipta 21 peluang berbahaya (ranking paling tinggi masa Euro 2016), and skor 6 gol (Golden Boot) masa tu. Sekarang di Qatar 2022, Griezmann main sebagai No 10.

Perancis bertahan dengan 4-4-2 mid-block bila tak pegang bola, Griezmann akan masuk ke dalam garisan midfield berempat. Mbappe dengan Giroud akan stay kat atas untuk prepare serangan balas. Masa 2018, Griezmann yang akan stay atas dengan Mbappe, cuma dia belah kiri, Mbappe belah kana time tu. So, dia tak ada peranan defensif sangat masa tu.

Masa 2018 tu sendiri, memang nampak lah Perancis bukan team yang kaki pressing, diaorang akan tunggu team lawan untuk attack, lepas tu baru counter. Lagi mengejutkan, 2022 ni lagi obvious. Memang hampir tak pressing langsung. Tetapi, banding 2018 yang diaorang kena buat 179 clearance, 2022 ni baru 78 dalam jumlah perlawanan yang sama. So maksudnya blok defensif diaorang lebih kuat untuk kali ni.

Griezmann main ke belakang sikit taun ni banding dengan 2018 sebab Perancis tak ada 2 enjin tengah diaorang bernama Pogba dan Kante. Griezman kena tutup ketiadaan dua orang tu. Pogba dengan Kante sangat penting untuk kejayaan diaorang masa Piala Dunia 2018 tu. Selain Griezmann, Deschamps masukkan Tchouameni dengan Rabiot untuk jadi defensive mid, untuk cover kat depan back-four Perancis.

MERBAHAYA SEMASA MENYERANG BALAS

Perancis dah kurang sikit dah main counter attack ni banding masa Piala Dunia 2018 aritu, tapi kalau diaorang buat counter, still padu. Bila letak Giroud jadi targetman, dia boleh hold-up bola masa nak mulakan serangan balas. Tambah pulak dengan pelesit dua orang (Mbapped dengan Dembele) kat belah kiri kanan, serangan balas Perancis antara yang paling sukar dibendung dalam Piala Dunia kali ni. Diaorang ada 23, jumlah serangan lansung (tertinggi kejohanan), banding denagn cuma 20 je masa 2018 (ke empat tertinggi kejohanan).

Dengan Mbappe yang Deschamps arahkan supaya tak payah track back sangat masa bertahan, dia boleh jimat tenaga and berlari sepantas kilat bila ada counter attack. Dan confirm confirm dia boleh buat lagi banyak kali sebab tak payah defend.

Skor awal, pastu defend, pastu counter attack. Itu lah antara resipi kejayaan Perancis untuk 2 kejohanan Piala Dunia setakat ni, dan nampak macam mujarab dan berhasil. Perancis skor awal dalam 6 dari 7 perlawanan masa 2018, dan 4 dari 6 perlawanan untuk Piala Dunia 2022 setakat ni. Adakah Perancis akan pakai taktik yang sama di final nanti? Sama-sama kita nantikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEORI TAKTIKAL: Memecah Blok Defensif 4-5-1

Preview Taktikal: (Perancis vs Maghribi). Pertembungan Dua Pasukan Yang Memanipulasi Transisi.

Concussion @ Gegaran Otak: Pengalaman Peribadi dan Aplikasi Pemulihan dalam Sukan