Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 11, 2022

Messi yang Emosi: Keghairahan yang boleh merencatkan harapan final Argentina.

Imej
Messi meraikan gol di depan bench Belanda (Gambar: The Mirror) Tekanan, perasaan patriotik, dan keinginan untuk membanggakan negara. Mungkin ini apa yang dirasakan oleh pemain-pemain Argentina, yang setakat ini membantu untuk "push" diri mereka untuk membawa negara tercinta ke Final Piala Dunia untuk kesekian kalinya. Tekanan mungkin lebih besar ditanggung oleh seorang pemain yang disandarkan segala harapan terhadapnya, seorang insan berbakat besar, mungkin tak salah kita katakan, yang Terbaik Sepanjang Zaman, yang bernama Lionel Messi. Dalam perlawanan menentang Belanda, pada saingan suku akhir, Argentina sudah mendahului 2-0 melalui jaringan Nahuel Molina hasil bantuan jaringan Messi dan Messi sendiri yang menjaringkan gol penalti kemudiannya. Ketika Argentina sudah merasakan separuh akhir Piala Dunia 2022 sudah di dalam genggaman mereka, Belanda bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke 11 masa tambahan (selepas 90 minit tamat masa permainan sebenar). Disinila...

England Kalah 2-1 Lawan Perancis, Terlepas Slot Semi Final. Kane missed penalti.

Imej
Sumber Gambar; Google (Sporting News, 2022). England hanya perlu skor gol kedua untuk menyamakan kedudukan dan berkemungkinan dapat mengheret permainan ke masa tambahan. Harry Kane, yang sudah menjaringkan gol pertama England dalam perlawanan ini, melalui sepakan penalti, cuma perlu menyempurkan satu lagi sepakan penalti untuk memberi harapan kepada negaranya peluang untuk mara ke perlawanan separuh akhir. Tapi sayang, sepakan Kane tersasar ke atas palang gol Perancis yang dikawal Lloris, dan England terkeluar dari baki saingan Piala Dunia 2022. England seolah seolah bakal menjadi pasukan yang akan layak ke separuh akhir, bukannya Perancis bedasarkan aksi permainan mereka dengan deretan peluang yang terhidang dan kemampuan mereka untuk mengawal permainan. Mbappe pun agak senyap dalam perlawanan ini, cuma sekali sekala  menghadirkan ancaman dari sebalah kiri sayap Perancis. Gol pertama Perancis pada minit ke 17 menyentak England untuk kembali bangkit sebelum menyamakam k...

Wira Tak Didendang Perancis: Antoine Griezmann & Olivier Giroud

Imej
Bila berita kata Benzema injured just beberapa hari sebelum World Cup aritu, ramai yang kata Perancis akan bermasalah untuk edisi kali ni. Sebelum tu lagi, Perancis memang dah kehilangan khidmat dua pemain utama mereka, Pogba dan Kante. Pogba dan Kante ni ibarat "enjin" dan "jantung" untuk Perancis. Sebab itu ramai penganalisa sukan menjangkakan, selain hilang sengat di bahagian serangan, Perancis akan hilang kawalan di bahagian tengah juga. Jadi macam mana Didier Deschamps cuba merangka taktikal yang ampuh tanpa 3 tunggak utama dia? Jawapannya terletak pada 2 pemain yang even rakyat Perancis sendiri kurang hargai. Flexibility Griezmann . Sumber Gambar: Google (gettyimages: Ian MacNicol). Dalam hype Mbappe dan Dembele, ramai orang lupa yang Perancis ada seorang lagi pemain yang boleh provide creativity, play-making dan boleh skor gol dalam masa yang sama, iaitu Griezmann. Sebelum ni, Griezmann sebenarnya banyak bermain dia bahagian wide attacker untuk ke...