Wira Tak Didendang Perancis: Antoine Griezmann & Olivier Giroud
Bila berita kata Benzema injured just beberapa hari sebelum World Cup aritu, ramai yang kata Perancis akan bermasalah untuk edisi kali ni.
Sebelum tu lagi, Perancis memang dah kehilangan khidmat dua pemain utama mereka, Pogba dan Kante. Pogba dan Kante ni ibarat "enjin" dan "jantung" untuk Perancis. Sebab itu ramai penganalisa sukan menjangkakan, selain hilang sengat di bahagian serangan, Perancis akan hilang kawalan di bahagian tengah juga.
Jadi macam mana Didier Deschamps cuba merangka taktikal yang ampuh tanpa 3 tunggak utama dia? Jawapannya terletak pada 2 pemain yang even rakyat Perancis sendiri kurang hargai.
Flexibility Griezmann.
Dalam hype Mbappe dan Dembele, ramai orang lupa yang Perancis ada seorang lagi pemain yang boleh provide creativity, play-making dan boleh skor gol dalam masa yang sama, iaitu Griezmann.
Sebelum ni, Griezmann sebenarnya banyak bermain dia bahagian wide attacker untuk kelab dan untuk negara (especially sebelah kiri sayap). Tapi dia juga selesa bermain dia mana mana bahagian offensif. Cuma kali ni, Didier Deschamps suruh dia main role Number 10 pulak, di belakang Giroud, di depan Tchouameni dan Rabiot.
Sama macam Mbappe dan Dembele, Griezmann pun boleh buat assist, boleh skor gol dan boleh bukak ruang untuk teammate dia. Cuma dia tak selaju dua orang tu tadi lah. Tapi dia ada kelebihan lain. Dia rajin buat pressing, pandai buat interception dan boleh buat tackle. Kemampuan ini membuatkan Griezmann jadi sangat sangat penting dalam fasa peralihan Perancis dari bertahan ke menyerang sebab dia akan jadi "outlet" utama untuk fasa ini berlaku. Dan setakat ini, Griezman memainkan peranan dia dengan sangat baik.
Giroud Yang Boleh Diharap
Sebelum Benzema injured, nama Giroud hampir hampir macam tak disebut langsung oleh mana-mana media sukan. Selepas Benzema umumkan yang dia tak akan sempat untuk pulih dari kecederaan, dan coach Didier Deschamps kata yang dia akan pakai Giroud untuk lead bahagian serangan Perancis, ramai yang tak yakin dengan keputusan tu.
Giroud, tak pernah complaint kalau tak masuk first eleven, tak pernah bising even kalau tak masuk senarai pemain akhir pun. Tapi jaringan dia semalam (vs England) menjadi gol kemenangan Perancis untuk melayakkan mereka masuk ke semi final. Dalam ramai tak yakin yang dia akan perform kali ni, Giroud siap pecahkan rekod Thierry Henry (51 gol) sebagai penjaring terbanyak Perancis sepanjang zaman (53 gol setakat ni).
Tak macam Benzema yang ada close ball control, boleh dribble bagai, Giroud lebih kepada "Target Man" atau "Proper 9". Kelebihihan fizikal dia buatkan Giroud bahaya dalam perebutan bola di udara, dan boleh menjadi ancaman langsung untuk menjaringkan gol. Giroud boleh buat hold-up play, kemudian lay-off bola kepada mana-mana pemain offensif yang lain (terutama Mbappe, Griezmann dan Dembele).
Perancis bukan tempang kali ini. Mereka cuma "distruktur semula". Dan kemungkinan, versi kali ini lebih ampuh berbanding versi edisi-edisi yang lepas.
Ulasan
Catat Ulasan