England Kalah 2-1 Lawan Perancis, Terlepas Slot Semi Final. Kane missed penalti.
Sumber Gambar; Google (Sporting News, 2022).
England hanya perlu skor gol kedua untuk menyamakan kedudukan dan berkemungkinan dapat mengheret permainan ke masa tambahan. Harry Kane, yang sudah menjaringkan gol pertama England dalam perlawanan ini, melalui sepakan penalti, cuma perlu menyempurkan satu lagi sepakan penalti untuk memberi harapan kepada negaranya peluang untuk mara ke perlawanan separuh akhir. Tapi sayang, sepakan Kane tersasar ke atas palang gol Perancis yang dikawal Lloris, dan England terkeluar dari baki saingan Piala Dunia 2022.
England seolah seolah bakal menjadi pasukan yang akan layak ke separuh akhir, bukannya Perancis bedasarkan aksi permainan mereka dengan deretan peluang yang terhidang dan kemampuan mereka untuk mengawal permainan. Mbappe pun agak senyap dalam perlawanan ini, cuma sekali sekala menghadirkan ancaman dari sebalah kiri sayap Perancis.
Gol pertama Perancis pada minit ke 17 menyentak England untuk kembali bangkit sebelum menyamakam kedudukan melalui sepakan penalti selepas Bukayo Saka dijatuhkan di dalam petak penalti. England kembali panik selepas Olivier Giroud meletakkan Perancis di depan sekali lagi melalui tandukkan hasil hantaran silang Griezmann.
England yang berpeluang untuk menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan penalti yang kedua selepas Theo Hernandez menjatuhkan Mason Mount di dalam kotak penalti, tetapi sepakan Harry Kane melangit, lalu menghumban England keluar dari baki saingan Piala Dunia 2022 Qatar.
Perancis akan bertemu Morocco (Maghribi) di pentas separuh akhir nanti pada 15 Disember pukul 3 pagi waktu Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan