Argentina; Kesenian dan keindahan yang dibina di atas "kekerasan dan kekasaran".
(Gambar: Adam Pretty - FIFA/FIFA via Getty Images).
Budaya bola sepak Argentina kadang-kadang terasa kontradik dari satu sudut ke sudut yang lain. Satu segi, bola sepak Argentina adalah berkisar sekitar seni dan keindahan permainan bola sepak itu sendiri. Tapi dari satu sudut yang lain, terutamanya jika anda pernah menonton liga kebangsaan Argentina (Primera División), anda akan lihat betapa "keras" dan "kasar" gaya permainan yang ditonjolkan.
Untuk sebuah negara yang melahirkan ramai pemain-pemain kreatif "playmaker", anda akan terkejut dengan betapa ramainya pemain-pemain tengah jenis "pemusnah" atau "destroyer" yang anda akan dapat saksikan. Boleh disimpulkan, budaya bola sepak Argentina bukan hanya berkisar tentang "permainan cantik", tetapi juga berkisar sekitar "kekerasan dan kekasaran".
Namun jangan salah anggap, kerana "kekerasan" atau "kekasaran" ini, jika digunakan dengan betul dalam bola sepak, boleh menjadi satu "aset" bernilai untuk sesebuah pasukan. Seperti Argentina sendiri yang merupakan sebuah pasukan yang boleh dikira "berteknikal tinggi" dan gemar menyerang, keupayaan defensif mereka perlulah mempunyai nilai "kekerasan" yang tinggi untuk merampas kembali penguasaan bola sekiranya mereka terlepas kawalan bola ketika mereka sedang menyerang. Atau sekurang-kurangnya mereka perlu tahu bila perlu melakukan "kekasaran" untuk menghalang pasukan lawan dari membuat serangan balas.
Sudah tentu akan adanya risiko jika mengamalkan gaya permainan "keras" atau "kasar" ini. Pemain akan mudah mengutip kad kuning, atau lebih buruk kad merah. Atau melepaskan sepakan percuma dia kawasan-kawasan berbahaya berdekatan dengan zol gol. Tetapi dengan gaya permaian "berseni dan berani" yang selalu dibawa oleh pemain-pemain offensif Argentina, mereka perlu ada pelindung yang "kasar dan keras" sebagai pengimbang.
Ulasan
Catat Ulasan