Preview Taktikal: (Argentina vs Croatia.) Midfiled Trio Croatia vs Overloading Half-space Argentina. Adakah akan berakhir dengan penalti juga?


(Luka Modric & Lionel Messi, FIFA/FIFA via Getty Images).

Croatia akan bertemu Argentina untuk saingan separuh akhir Piala Dunia 2022, pukul 3 pagi waktu Malaysia hari Rabu.

Argentina mara ke separuh akhir selepas menewaskan Belanda di suku akhir, selepas menang melalui penentuan sepakan penalti. Belanda dan Argentina yang terikat 2-2 sehingga 120 minit selepas Belanda melakukan kebangkitan untuk mengikat jaringan pada minit-minit akhir perlawanan.

Croatia pula layak ke separuh akhir selepas mengejutkan Brazil, juga melalui penentuan sepakan penalti selepas jaringan Neymar pada masa tambahan, disamakan oleh Bruno Petkovic pada minit 117. 

Pasukan manakah yang akan melangkah ke final untuk edisi kali ini? Kita akan cuba rungkaikan apakah taktikal yang akan diketengahkan oleh kedua-dua pasukan untuk perlawanan separuh akhir nanti.

(Argentina vs Belanda, suku akhir Piala Dunia 2022. Google: Getty Images.)

TAKTIKAL SERANGAN DAN BERTAHAN
Tidak kira formasi apa yang jurulatih Scaloni akan pakai, sama ada 4-3-3 padat atau 3-5-2 yang lebih terbuka di sayap, tetapi ada satu taktikal yang dia cuba terapkan untuk Argentina kali ini. Argentina akan cuba overload bahagian kanan half-space dengan menggunakan Messi dan de Paul untuk membuka ruang dia antara garisan pertahanan dan tengah pasukan lawan.

Bila berlaku overloading di kawasan tersebut, mudah untuk pemain-pemain Argentina untuk buat hantaran 1-2 atau membuat link-up play sambil membuat larian-larian offball yang sukar untuk dikawal pasukan lawan. Selalunya, apabila pasukan lawan terlalu sibuk mengawal Messi di half-space, penyerang Alvarez akan turun ke bawah sikit untuk membuat larian dari belakang garisan pertahanan, dalam masa yang sama bek kanan Molina akan buat overlapping run. Good luck lah kepada satu pemain pertahanan tengah dan satu bek kiri lawan yang perlu berhadapan dengan 3 pemain ini serentak.

Dengan pasukan lawan sibuk diasak di sebelah kanan, di sebelah kiri pula, Argentina akan menghantar pemain bek kiri mereka untuk overlap dan menyusup masuk ke titik buta pertahanan lawan. Messi akan cuba provok pemain tengah dan pertahanan pasukan lawan untuk naik dan buat pressing ke arah dia. Apabila garisan pertahan sudah tertarik ke arah dia (half-space kanan), Messi akan cepat buat hantaran diagonal ke kiri dan pemain sayap kiri atau bek kiri Argentina sudah menanti di situ untuk menyerang ruang yang terdedah hasil dari overloading di sebelah kanan tadi.

Sementara itu, Croatia lebih banyak bergerak dan menyerang melalui binaan dari pertahanan, kemudian cuba melepasi garisan pertahanan pihak lawan menggunakan pemain-pemain tengah mereka. Croatia dianugerahkan dengan 3 pemain tengah, antara terbaik dunia dalam diri Brozovic, Kovacic dan Modric. Kau bayangkan, macam mana nak menghalang 3 trio ini dari mengawal permainan dan membuat hantaran-hantaran bahaya ke dalam kotak penalti?

Croatia akan membuat binaan dari bawah menggunakan formasi 2-3 (2 centre back + 3 pemain tengah) yang menjamin kawalan ke atas bola dan sangat dinamik menyerap tekanan lawan apabila menguasai bola. Apabila salah seorang dari tengah bertiga itu tadi memegang bola, dia akan turun sedikit ke bawah untuk menarik pemain pasukan lawan untuk naik ke atas untuk melakukan tekanan. Sementara 1 lagi akan akan masuk ke dalam ruang yang ditinggalkan pemain lawan tadi, dan pemain tengah yang ketiga akan bergerak menjadi extra man untuk membuka ruang dan menjadi alternatif untuk membuat hantaran sekiranya pemain kedua dikawal pemain lawan. 

Disebabkan pemain-pemain lawan akan cuba menekan kawasan tengah Croatia, maka mudah untuk pemain-pemain sayap dan bek kiri dan kanan mereka untuk membuat larian overlapping dan menerima bola dia belakang garis pertahanan lawan.

Apabila hilang penguasaan bola dan perlu kembali bertahan, Croatia lebih memilih untuk berada dalam formasi 4-5-1 dan melakukan low block atau mid block, bergantung kepada di mana kawasan mereka kehilangan bola.

KONKLUSI
Mungkin faktor kepenatan juga boleh mempengaruhi keputusan perlawanan nanti. Mungkin kedua dua pasukan akan lebih berhati hati untuk membuat serangan ke kubu lawan masing-masing. Atau mungkinkah kita akan menyaksikan satu lagi penentuan sepakkan penalti? Sama-sama kita nantikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEORI TAKTIKAL: Memecah Blok Defensif 4-5-1

Preview Taktikal: (Perancis vs Maghribi). Pertembungan Dua Pasukan Yang Memanipulasi Transisi.

Concussion @ Gegaran Otak: Pengalaman Peribadi dan Aplikasi Pemulihan dalam Sukan